Sebut sahaja mengenai permohonan guru KAFA Kelantan, automatik orang kata kena ada kabel. Iye ke? Kena guna kabel fiber optik atau tali lembu? Zaman wireless ni kenapa kena guna kabel? Basikal elektrik pun tak perlu cucuk kunci dah nak pakai bateri.
Saban tahun, permohonan guru KAFA Kelantan dibuka lebih dari sekali setahun. Yang memohon, beribu. Kadang terkena syarat pengesahan salinan sahaja, permohonan kena reject begitu sahaja. Syarat sebenar nak pengesahan pegawai gred 9 (dulu 41). Macam tu sahaja permohonan dibakul sampahkan. Lepas tu susah hati permohonan kurang dari kekosongan!
Bab kena ada kabel ni ada logik dia. Yang ni anak orang ni, yang itu saudara orang belah sana. Mak dia bertugas di sinun. Ayah dia dulu... bla bla bla... Hmmm ni kabel darah daging la pulak. Kabel apa lagi?
Kitanya tak kenal kabel. Suruh royak nama kabel ke jenis kabel ke, terus gagal. Kabel apa, internet pun tak perlu wayar dah. Nak print pun tak perlu sambung kabel. Klik di telefon, printer pun auto bukak dan bekerja walaupun kita jauh 5 meter. Belum cerita projektor.
Lagi sedap, nak berhubung dengan Tuhan cuma perlu angka 24434.. tak perlu kabel bermacam jenis ketebalan yang menarik perhatian pencuri.
--------------
Jika anda berminat untuk berkongsi kisah anda, boleh klik SINI.
Ambik borang GK
BalasPadamMuat turun
Sudah diprint,isi borang
Hantar ke Penyelia,lihat2
Datang teman rapat, usha2 nama,
Hantar kepada SPKK,submit
Tak lulus bahasa Arab,
Penyelia bagitahu teman rapat,
Yang tak sealiran dengan penyelia,
Diutus surat tindakan tatatertib
Bagi markah LNPT macam tak gi skolah,
PENYELARAS berbudi penyelia
Tak ada notis bertulis
Akta 152 (A) - (G)