Shhh! Undi sedang berjalan...

Rabu, 16 April 2025

Petua Hidup 1

Kito tok cekak dah nok hadap perangai masyarakat hok satu ni. Bilo sakit, nyo sabit nge jin, iblis, sihir. Tok kiro lah sakit begapo. Deme, bisul, kudis... bakpo eh?

Hok berat laginyo, bilo perangai ni ado di kalange ore agamo. 

Tuhe royak ko kito:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ٨٠
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

Allah tu As-Syafi, Maha Menyembuhkan. Tok kiro lah sakit lagu mano, atas kuasa dan iradat Tuhan belako.

Penyebab penyakit tu mace-mace. Ado sebab virus. Ado sebab bakteria. Ado sebab tok cukup vitamin, tok cukup minum air. Buleh jadi jugok sebab letih tok cukup rehat. Ataupun, jiwo tu terganggu.

Kito tok pehe bakpo ya nok bbaloh nge doktor. Nok jjadi doktor ni buke mudoh. Keno cerdik, mugo maing nge nyawo manusia. Kiro bbaloh la tu mugo sakit tidok duk gaduh nok cari doktor. Duk royak sakit kena buat ko ore la, jin la, iblis la. Bakpo ya tok kelih tengok diri sdiri ko, cuaca ko...

Kalu deme, meme musim dio doh. Baru ni angin sejuk ttiuk. Pah ko tengohari duk sero angin sejuk. Sari duo ni panah tokleh nok royak. Kalu buleh nok berende dale air jah. Buleh rende kaki takpo doh. 

Nyakit pun mace-mace lo ni. Nyo saboh dio sawe royak ko ore sakit misteri. Padahalnyo buah pingge tu keno ccuci, urea denge kreatinin tinggi melangit. Duk spital, doktor pase mesin. Bacoe urea kreatinin comey gak, sihat la. Molek-molek jah meneruskan kehidupan mengejar dunia.

Adab duduk nge masyarakat, tokleh wak cerito mace-mace kalu takdok bukti takdok saksi. Hok ni pun kito pelik jugok. Hala ko oghe, suruh tabayyun. Hala ddio, ngato sedap-sedap biar napok dio terpaling mangso. Oghe tok leh, aku buleh.

Pah gak, gi bbomo rato. Pitih abih. Spita toksei nah jejok. Banyok oghe tok kaba, gi berobak sana sini kade pitih abih lebih pade wi ko doktor. Pitihnyo tok berapo ado. Tapi gak, doh viral hok ni hok tu hok ni berhasil, gi beratur qiamullail pun sanggup lagi untuk ambik nombor. Pah nunggu 3-4 hari pun takpo.

Ilmu perubate ni tidok bersalahe denge agamo, adik kakok. Nabi Muhammad s.a.w. sdiri menghargai kemahire Rufaidah buleh rawat perobat oghe, bohke baginda suruh lagi sapo-sapo gi belajar denge Rufaidah.

Meme banyok riwayat ceghito Rasulullah keno sihir, tapi tidok diperbesarkan pun. Nabi perobat denge mace-mace cagho. Nabi sebab bowok dakwah Islam. Ya kito tu sapo oghe nok ngenak? Ratu Cantik? Semak jjetak? Oghe HR buleh wi jawate tetap? Kayo tujuh keturune tok abih make? Acu sedar diri sikit.

Kalu yo pun, oghe bedeki nge kito, bakpo ya kito tok ambik pelajaghe dari ayat 102 Al-Baqarah?

وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتْلُوا۟ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَـٰنَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌۭ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦ ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا۟ لَمَنِ ٱشْتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ مِنْ خَلَـٰقٍۢ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ ١٠٢

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."

Ayat ni teghe-teghe oyak kito, tidok keno takwil rujuk tafsir mace-mace. Ilmu sihir ni bahayo ko oghe hok belajar dan beramal. Pahtu tok wi gapo-gapo manfaat pun! Mu royak la gapo pun, tok ake buleh mugo begatung nge makhluk Tuhe jugok. Hok berat lagi, di akhirat seksok tokleh bahagian yang baik. Hok ni ngeri. Bilo tok baik, GPS kito meme bowok ke neraka jah la. Mugo akhirat ni samo ado gi neraka ko syurga semata. Hok berat sekali, dio tok jjadi tanpa izin Allah. Mu laburlah bejuto pom, Allah tok izin, mu sakit hati.

Tapi kae, oghe berehi sihir oghe ni dio ake lagi sakit hati bilo oghe hok keno tu wak tok tahu. Sakit berat setagho mano pun tidok duk ngeluh, tidok duk meratib koksei. Doh pitih abih banyok ni... tok sakit hati lagu mana... pah keno bburuk lagu mano pun dia senyap jah.. bakpo? Sebab hok keno tu ingat sokmo ceghito Nabi Ayub a.s.

Kito sibuk duk cari sapo wak kito sakit. Padahal banyok penyakit mari dari perut. Mari hal perut gak, samo ado tok cukup make ataupun terlebih make. Penyakit gulo tinggi, daroh tinggi, berat berlebih sapa obesiti doktor kato, semo berpunca dari terlebih make. Gout pun sebab terlebih make makene laut. Oghe kughe make ni tok cukup zat, daghoh rendoh. Tahu ko dok? Kecek ko nulih ko biar napok cidik, susuk sikit peranga tok cidik tu. Selain perut, nyakit hok diwarisi dari tuk nenek kito lah.

Nabi s.a.w pun duk ajar kito pendinding dari sihir. Baca 3 Qul, ayat kursi pagi pete sebelum tidur. Duk ajar anok-anok KAFA pasal 3 surah ni, bakpo ya kito tu tokleh hayati? Tidok kito dewaso, tuo terlebih gare belako? Selain itu, amal jugok jugok zikir-zikir lain mace Bismillahillazi La Yadhurru:

Hadith berkaitan doa ini:
Sayyidina Usman bin Affan r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda. " Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali pada waktu petang maka sehingga ke pagi tidak akan ditimpa oleh apa-apa musibah secara mengejut. Jika dia membaca doa ini pada waktu pagi maka sehingga ke malam dia tidak akan ditimpa apa-apa musibah secara mengejut. Doa itu ialah:

Maksud:
Dengan nama Allah S.W.T yang bersama nama-Nya itu apa-apa sahaja di bumi atau di langit tidak boleh memberi mudarat dan Dialah zat yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Hadith riwayat Abu Daud)

Rujukan: Hadith ini diambil daripada Kitab Muntakhab Ahadis (Hadis-hadis Pilihan). M/S 375 Hadith No. 235. Cetakan kesepuluh 1440H April 2019. - Sumber
Hok kito paling takutnya jadi supo Allah royak gini:

فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌۭ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضًۭا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ ١٠

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Hok penting sekali, kito ikhtiar ikut caro Islam buwi. Tidok nguduh ko oghe. Tidok duk cari saloh oghe. Satu jari tunjuk orang, empat jari lagi tuding kepada diri sendiri. Ha, lagu mana?

Keno yakin Allah tu Asy-Syafi. Keno yakin takdir Allah ni banyok untuk dipelajari. 

Kalu kena tindas, dizalimi, hok tu keno bangun sdiri lah. Mugo seksok, Tuhe tanyo jugok, gapo mu buwak bedepe denge oghe ngenak mu? Kito pun takut tu nok jawab kalu kito tok tra segalo cagho.


----------------------------
Jika anda berminat untuk berkongsi kisah anda, boleh klik SINI.

Jumaat, 11 April 2025

Pok Pek Nenek Kebayan 1

Sebut sahaja mengenai permohonan guru KAFA Kelantan, automatik orang kata kena ada kabel. Iye ke? Kena guna kabel fiber optik atau tali lembu? Zaman wireless ni kenapa kena guna kabel? Basikal elektrik pun tak perlu cucuk kunci dah nak pakai bateri.

Saban tahun, permohonan guru KAFA Kelantan dibuka lebih dari sekali setahun. Yang memohon, beribu. Kadang terkena syarat pengesahan salinan sahaja, permohonan kena reject begitu sahaja. Syarat sebenar nak pengesahan pegawai gred 9 (dulu 41). Macam tu sahaja permohonan dibakul sampahkan. Lepas tu susah hati permohonan kurang dari kekosongan!

Bab kena ada kabel ni ada logik dia. Yang ni anak orang ni, yang itu saudara orang belah sana. Mak dia bertugas di sinun. Ayah dia dulu... bla bla bla... Hmmm ni kabel darah daging la pulak. Kabel apa lagi? 

Kitanya tak kenal kabel. Suruh royak nama kabel ke jenis kabel ke, terus gagal. Kabel apa, internet pun tak perlu wayar dah. Nak print pun tak perlu sambung kabel. Klik di telefon, printer pun auto bukak dan bekerja walaupun kita jauh 5 meter. Belum cerita projektor.

Lagi sedap, nak berhubung dengan Tuhan cuma perlu angka 24434.. tak perlu kabel bermacam jenis ketebalan yang menarik perhatian pencuri.




--------------

Jika anda berminat untuk berkongsi kisah anda, boleh klik SINI.